Mengapa Penapis Air Sangat Penting Dalam Kehidupan Anda?

Air adalah keperluan asas manusia. Setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 50 liter air bersih sehari untuk minum, memasak, dan kebersihan diri . Air yang tercemar bukan sahaja kotor, tetapi ia juga boleh membawa maut. Dianggarkan 1.8 juta orang mati setiap tahun akibat penyakit cirit-birit seperti taun manakala berpuluh-puluh juta orang yang lain jatuh sakit oleh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan air yang tercemar.

Di Malaysia, masalah pencemaran air adalah merupakan satu masalah yang serius. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma,

"Penurunan atau pencemaran air ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam pembuangan sampah ke dalam sungai cara huluan, terutamanya dari perumahan dan perindustrian kawasan, serta dari buangan daripada aktiviti manusia seperti pertanian dan pembangunan tanah. Pertumbuhan ekonomi yang pesat merupakan penyumbang utama kepada pencemaran ke atas infrastruktur utiliti air masa ini, terutama di kawasan yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi seperti Lembah Klang"


Disebabkan oleh itu, masyarakat disarankan untuk mencari alternatif lain bagi merawat sumber air dirumah mereka. Penggunaan penapis air atau water dispenser yang baik dan berkualiti amatlah disarankan bagi menjamin kualiti air yang bersih dan selamat untuk digunakan. Terdapat pelbagai jenama penapis air atau water dispenser yang berkualiti dipasaran seperti janama Coway, Elken, Cucco, Bio Aura, Aljabbar dan banyak lagi yang boleh mereka pilih sebagai alat merawat air dirumah mereka.


Selain ianya boleh merawat air dirumah, penapis air ini juga boleh menukarkan air yang berasid kepada air beralkali yang amat berguna untuk sistem badan manusia.Ianya sangat bagus untuk menyeimbangkan kandungan asid yang ada dalam badan kita yang kita dapat dari pelbagai sumber makanan makanan terutama sekali makanan yang telah diproses dikilang. Air yang mengandungi alkali juga amat berguna untuk membersihkan bahan makanan untuk dimasak seperti sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

LIHAT PRODUK-PRODUK PENAPIS AIR KAMI DISINI
WATER FILTER
WATER DISPENSER
MASTER FILTER