Penapis Air & Water Dispenser Berkualiti Untuk Rumah Anda

Pelbagai penapis air atau water dispenser yang ada didalam pasaran pada masa kini yang menjanjikan kualiti yang baik untuk merawat air dirumah anda. Produk penapis air buatan Korea merupakan yang paling berkualiti kerana negara Korea merupakan negara pengeluar penapis air yang terbesar didunia dan kebanyakan pengilang disana amat pakar dalam menghasilkan penapis air yang menggunakan ceramic paling tinggi berkualitinya.

Di Malaysia, terdapat pelbagai penapis air atau water dispenser yang diimport dari Korea seperti dari jenama Coway, Cuckoo, Kent, Tongyang Magic, Bio Aura dan pelbagai lagi. Kebanyakan penapis air yang ada dipasaran pada masakini mempunyai fungsi dan kualiti yang sama tetapi berbeza-beza dari segi harga.

Ada jenama penapis air ini yang mencecah sehingga RM 4,000 ringgit dan menawarkan bayaran ansuran kredit kepada pelanggan untuk membelinya. Hal ini menyebabkan ramai orang menanggung beban hutang semata-mata mahukan air yang bersih.

Ini adalah hal yang tidak patut ditanggung oleh masyarakat kebanyakan kerana air merupakan salah satu hak dalam kehidupan anda. Kos-kos pengiklanan yang besar, bayaran sewa outlet dan bayaran komisyen agen merupakan punca mengapa produk-produk penapis air ini menjadi amat mahal.

Anda amat bertuah kerana menemui website kami, kerana kami merupakan pengedar penapis air buatan Korea terus dari kilang. Kami hanya menjalankan pengiklanan kami secara online dan menjual produk kami tanpa orang tengah. Segala kos-kos pemasaran adalah amat rendah supaya kami dapat menawarkan harga yang berpatutan kepada anda.

Produk penapis air kami juga dijamin dengan jaminan selama 1 tahun dan kami mempunyai wakil teknikal untuk membantu anda di seluruh Malaysia.

LIHAT PRODUK-PRODUK PENAPIS AIR KAMI DISINI
WATER FILTER
WATER DISPENSER
MASTER FILTER